Youtuber Terkenal "Grandpa Kitchen" Meninggal Dunia

Berita yang amat menyedihkan kita semua terutama para peminat dunia masakan di Youtube, apabila Youtuber terkenal dalam bidang masakan iaitu "Grandpa Kitchen" telah meninggal dunia.



Sejak 2017, nama "Grandpa Kitchen" mungkin sudah tidak asing lagi buat para pencinta dunia masakan terutamanya para peminat masakan di Youtube. Beliau bernama Narayana Reddy atau lebih dikenali sebagai "Grandpa Kitchen", dan mempunyai akaun Youtube sendiri di mana ia merupakan platfom memaparkan pelbagai video mengenai beliau yang mempunyai kehebatan tersendiri dalam memasak terutamanya dalam kuantiti yang banyak.

Beliau juga pernah memasak 500 bungkus mi segera, membuat ayam goreng KFC, Beryani Ayam dan pelbagai menu lagi dalam kuantiti yang banyak dan dengan menggunakkan modal yang rendah. Beliau telah meninggal dunia pada 27 Oktober yang lalu dan perkara tersebut telah diumumkan kepada 6juta pengikutnya menerusi sebuah video bertajuk "Grandpa's An Emotional and heart touching final journey" yang telah dimuatnaik di akaun Youtubenya pada Rabu lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=aCTUoBMk-GE&t=30s

Pemergian beliau amat dirasai oleh netizen kerana beliau telah banyak berjasa kerana segala masakannya yang banyak telah diberi kepada anak-anak yatim di kawasannya. Berikut merupakan luahan dari para peminatnya di Twitter.

https://twitter.com/YellowishCheese/status/1189534269456158720

https://twitter.com/YellowishCheese/status/1189534269456158720

 

Sumber : News18.com

Berkaitan