Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Youtuber Terkenal “Grandpa Kitchen” Meninggal Dunia

Youtuber Terkenal “Grandpa Kitchen” Meninggal Dunia

Diterbitkan Oktober 31, 2019 oleh irfan suhaimee

Berita yang amat menyedihkan kita semua terutama para peminat dunia masakan di Youtube, apabila Youtuber terkenal dalam bidang masakan iaitu “Grandpa Kitchen” telah meninggal dunia.

Youtuber Terkenal “Grandpa Kitchen” Meninggal Dunia

Sejak 2017, nama “Grandpa Kitchen” mungkin sudah tidak asing lagi buat para pencinta dunia masakan terutamanya para peminat masakan di Youtube. Beliau bernama Narayana Reddy atau lebih dikenali sebagai “Grandpa Kitchen”, dan mempunyai akaun Youtube sendiri di mana ia merupakan platfom memaparkan pelbagai video mengenai beliau yang mempunyai kehebatan tersendiri dalam memasak terutamanya dalam kuantiti yang banyak.

Beliau juga pernah memasak 500 bungkus mi segera, membuat ayam goreng KFC, Beryani Ayam dan pelbagai menu lagi dalam kuantiti yang banyak dan dengan menggunakkan modal yang rendah. Beliau telah meninggal dunia pada 27 Oktober yang lalu dan perkara tersebut telah diumumkan kepada 6juta pengikutnya menerusi sebuah video bertajuk “Grandpa’s An Emotional and heart touching final journey” yang telah dimuatnaik di akaun Youtubenya pada Rabu lalu.

Pemergian beliau amat dirasai oleh netizen kerana beliau telah banyak berjasa kerana segala masakannya yang banyak telah diberi kepada anak-anak yatim di kawasannya. Berikut merupakan luahan dari para peminatnya di Twitter.

https://twitter.com/YellowishCheese/status/1189534269456158720

https://twitter.com/YellowishCheese/status/1189534269456158720

 

Sumber : News18.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY