YouTuber Terkenal Adakan Ujian Kamera Telefon Pintar, Keputusan Yang Diperoleh Amat Mengejutkan

2018 telah menjadi tahun di mana keupayaan kamera telefon pintar menjadi salah satu ciri tumpuan, bukan sahaja kepada pengguna, malah juga kepada pengeluar peranti.

Hasilkan telefon dengan kamera yang berkualiti tinggi, pasti telefon anda akan terjual dengan laris. Namun, kamera peranti manakah yang terbaik sebenarnya? Huawei Mate 20 Pro? iPhone XS Max? Atau mungkin ada peranti yang akan membuat kejutan?



Persoalan ini mungkin telah pun dijawab oleh YouTuber terkemuka, Marques Brownlee atau lebih dikenali sebagai MKBHD. Ini kerana beliau baru-baru ini telah pun mengadakan satu ujian buta untuk mengetahui peranti mana yang memiliki kamera yang terbaik setakat ini.

Senarai peranti yang terlibat ialah Google Pixel 3, Pixel 2, iPhone XS, iPhone X, Samsung Galaxy Note 9, Huawei P20 Pro, Mate 20 Pro, Red Hydrogen One, LG V40 ThinQ, OnePlus 6T, Razer Phone 2, HTC U12+, Moto Z2 Force, Pocophone F1, Blackberry Key2 dan Palm Phone.

Kapsyen: Marques Brownlee


Peranti-peranti ini kemudiannya disusun seperti jadual di atas. Mereka "bertarung" antara satu sama lain melalui undian di Twitter dan Instagram. Beberapa keping gambar ditangkap dan MKBHD mengirimkannya di akaun Twitter dan Instagram miliknya untuk dinilai dan diundi oleh para pengikutnya.

Keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua platform berkenaan adalah seperti berikut:

Kapsyen: Marques Brownlee


Mate 20 Pro juara, mungkin tidaklah menghairankan. Tapi menentang Poco F1 di final? Poco F1 tewaskan iPhone X, Note 9 dan Hydrogen dalam perjalanan ke final? Wow, memang memeranjatkan.

Sabar, sebelum anda meluahkan rasa tidak puas hati anda kepada ujian ini, MKBHD sendiri sudah ada jawapan bagi keputusan ujian buta yang dilaksanakan ini.

Kapsyen: Marques Brownlee


Menurut beliau, antara faktor utama ialah perspektif pengundi itu sendiri. Mereka dilihat lebih cenderung untuk memilih imej yang lebih terang untuk diundi. Ini kerana bagi mereka, imej terang adalah imej yang cantik.

Faktor berikutnya, sistem Twitter dan Instagram yang memampatkan imej yang dikirim. Apabila beliau memuatnaik gambar ke dua platform ini, mereka akan dimampatkan sekaligus menjadikan kualiti gambar berkurangan.

Maka pada pendapat saya, ujian ini boleh dianggap sebagai sekadar suka-suka atau tidak diambil terlalu serius. Apa yang kita boleh ambil dari ujian ini ialah untuk anda yang kaki-Instagram tu, bolehlah dapatkan Mate 20 Pro atau Pocophone F1 lepas ni.

 

Sumber: Marques Brownlee

Berkaitan