YouTube Untuk Android TV Kini Menyokong Penstriman Video 8K

Sehingga kini, penstriman melalui aplikasi YouTube di Android TV hanya boleh diakses pada resolusi 4K. Walaupun pengguna mempunyai TV 8K, penstriman kandungan di YouTube tidak boleh dibuat pada resolusi 8K.

Terbaru, menerusi kemas kini YouTube versi 2.12.08, ia membawakan sokongan 8K pada aplikasi YouTube di Android TV. Bagaimanapun, harus diketahui hanya Android TV yang menjalankan Android 10 dan ke atas yang akan menerima sokongan tersebut.

Menurut AndroidPolice, changelog tidak menyatakan “HDR support on streams with the .av1 codec”. Akan tetapi, ia telah digantikan dengan sokongan Cast Connect pada changelog yang disemak semula.

Ini akan mengintegrasikan kandungan Cast di Android TV dengan kawalan main balik seperti alat kawalan jauh, menu pilihan resolusi skrin yang lebih baik, serta banyak lagi. Seterusnya, ia memberikan pengguna lebih banyak kawalan untuk menonton kandungan di YouTube.

Sumber: Android Police