Youtube Tampil Dengan Logo Baru Dan Sokongan Paparan Video Penuh Secara Menegak

Platform video terkenal, Youtube, kini tampil dengan logo baru setelah 12 tahun ia beroperasi. Sebelum ini tidak banyak perubahan yang dilakukan mereka pada logo seperti yang anda boleh lihat pada imej dibawah.



Menurut Google, logo baru ini direka dengan tujuan ia lebih fleksibel pada peranti yang kini hadir dengan pelbagai saiz skrin. Kemaskini logo terbaru itu sudah pun mula ditawarkan pada komputer dan telefon pintar.

Sementara itu, syarikat milik Google ini turut memperkenalkan satu fungsi baru iaitu sokongan kepada paparan video penuh secara menegak.

Jadi selepas ini, apabila anda memainkan video menegak, tiada lagi bar hitam dibahagian sisi. Kemaskini ini pula akan hadir pada aplikasi Youtube tidak lama lagi.

Difahamkan beberapa fungsi baru akan diperkenalkan seperti, keupayaan mengubah kelajuan semula video (playback), dan gerak isyarat navigasi baru yang membolehkan anda melangkau ke video seterusnya dengan meleret (swipe) kanan skrin anda.

https://www.youtube.com/watch?v=9FWIG_c6PfI