YouTube Stories Kini Diperluas Kepada Saluran Dengan Langganan Minimum 10,000 Pelanggan

Selain aplikasi popular seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Snapchat, YouTube juga membolehkan penggunanya untuk mengirim kiriman video pendek melalui fungsi YouTube Stories.

Sehubungan dengan itu, seperti dijanjikan oleh pihak mereka pada bulan Jun lalu, YouTube kini menyediakan fungsi Stories berkenaan kepada semua saluran yang mempunyai lebih daripada 10,000 langganan.

Kapsyen: Kredit: YouTube


Bagaimanapun, berbeza dengan Facebook dan Instagram Stories yang akan memadam kiriman secara automatik selepas 24 jam, YouTube Stories pula hanya akan melalukannya selepas 7 hari kiriman buat.

Seperti juga video di YouTube, fungsi Stories-nya juga akan menapis setiap kiriman yang dibuat bagi memastikan ia bebas daripada unsur-unsur negatif seperti kandungan lucah atau berbaur kebencian.

Selain itu, para pelanggan saluran juga boleh memberi reaksi atau meninggalkan komen pada setiap kiriman Stories yang dibuat oleh pengirim kandungan.

 

Sumber: The Verge