Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, tiada sokongan mod PiP yang ditawarkan pada aplikasi YouTube. Sebagai alternatif, pengguna boleh menonton YouTube versi web dengan menggunakan mod PiP jika ditonton melalui pelayar.
Bagaimanapun, hanya setelah beberapa hari ditawarkan, YouTube mula menyekat fungsi ini dan menawarkannya melalui langganan YouTube Premium sahaja.
Kemudian, YouTube mula mengembalikan semula fungsi mod Picture in Picture (PiP) kepada semua pengguna walaupun tanpa langganan YouTube Premium pada awal Oktober lalu.
https://youtu.be/srB86EZ2XPk
Terbaru, fungsi mod PiP melalui pelayar nampaknya sekali lagi telah disekat oleh YouTube dan hanya ditawarkan bagi langganan YouTube Premium. Alternatif seperti memainkan video di YouTube pada pelayar dengan menetapkannya sebagai “Request Desktop Website” juga turut disekat.
Bagi aplikasi YouTube pula, sehingga kini versi percuma mahupun Premium masih belum menyokong mod PiP tersebut.
Berkaitan
- Google Play Music Akan Ditamatkan Hujung Tahun Ini, Diganti Dengan YouTube Music
- YouTube Menguji Tetapan Video Chapters Secara Automatik
- YouTube Gaming Kini Mempunyai 40 Juta Saluran Aktif Dengan Lebih 100 Bilion Jam Tontonan Pada 2020
- YouTube Kini Menyekat Mod Picture in Picture Melalui Pelayar Pada iOS 14
- YouTuber Minecraft Terkenal, Dream Akhirnya Dedah Wajah Sebenar
- Celcom Kemaskini Pelan XP Lite Dengan Penstriman YouTube Tanpa Had Serendah RM38/Sebulan
- PewDiePie Kini Dipintas MrBeast Dalam Individu Paling Ramai Pengikut Di YouTube
- YouTube Dilapor Perlahankan Video Untuk Beberapa Pengguna Firefox
- YouTube Akan Sekat Dan Keluarkan Video Teori Konspirasi 5G Dengan Covid-19
- YouTube Uji Ciri 'Lock Screen' Untuk Pengguna Premium