YouTube Sedang Menguji Fungsi Beli Barang Dari Video

YouTube sudah lama hadir dengan iklan dan memperkenalkan YouTube Premium bagi menjana pendapatan. Kini, mereka dilaporkan sedang menguji fungsi membeli-belah untuk platform tersebut.

Menerusi ini, mereka menawarkan untuk pengguna mencari dan membeli produk yang terdapat dalam video YouTube dengan mudah. Ini bermakna, YouTuber dapat menambahkan beberapa produk dalam video mereka.

Kemudian, penonton akan dapat melihat senarai produk yang diberikan dengan klik ikon beg pada sudut kiri bawah video. Seterusnya, setiap produk dapat dilihat secara penuh serta pilihan produk seperti kedai dalam talian.

Buat masa ini, YouTube sedang menguji fungsi ini hanya untuk pengguna di Amerika Syarikat melalui iOS, Android dan desktop. Malah, sebilangan YouTuber sahaja dapat menguji fungsi baharu ini.

Sumber: Youtube