Youtube Rewind 2019, Di Sebalik Pujian Dan Kritikan

Youtube dilihat membuat sedikit perubahan dalam memaparkan anugerah akhir tahunnya yang dikenali sebagai “Youtube Rewind 2019”.

Dengan mendapat kritikan dan menjadi video paling tidak disukai pada tahun lalu, Youtube membuat sedikit perubahan dalam memaparkan para pemenang bagi setiap kategori.



Youtube Rewind 2019 memaparkan beberapa kategori, antaranya ialah kategori video paling banyak ditonton yang dimenangi oleh PewDiePie yang mendapat sebanyak 4bilion tontonan.

Bagi kategori video yang mendapat “like” paling banyak pula dimenangi oleh Mr Beast’s dengan video bertajuk “Make This Video The Most Liked Video on Youtube”.

Bagi kategori video game paling banyak ditonton telah dimenangi oleh Minecraft dan Fortnite pula berada di tempat yang kedua.

Manakala youtuber terkenal dari Brazil iaitu Loud, berjaya memenangi anugerah “Top breakout creator”. Antara kategori lain yang dipaparkan ialah Muzik video paling disukai, video tarian yang paling disukai dan video kecantikan yang paling disukai.



Kumpulan terkenal dari Korea Selatan iaitu BTS berjaya merangkul kategori video paling banyak ditonton dalam masa 24 jam dengan video “Boy With Luv” dan video tersebut juga mendapat tempat kedua dalam kategori Muzik video paling disukai dibelakang video “Senorita” nyanyian Shawn Mendes dan Camila Cabello’s.

Walaupun Youtube membuat sedikit kelainan pada “Youtube Rewind 2019”, ia tetap mendapat kritikan dari netizen.







Namun begitu, pengulas gajet terkenal iaitu Casey Neistat memuji “Youtube Rewind 2019” di dalam akaun Twitternya dengan mengatakan “walaupun ia tidak sensasi seperti tahun-tahun sebelumnya, tetapi saya amat menghargainya”.



Jika diimbas kembali, Youtube Rewind 2018 telah mendapat kritikan dan “disliked” sebanyak 17 juta dan ia merupakan rekod paling tinggi dalam platform tersebut.

Ia juga memaparkan beberapa selebriti seperti Will Smith, Trevor Noah dan John Oliver dan mendapat banyak kritikan dari para penonton kerana tidak mengutamakan youtuber-youtuber terkenal berbanding selebriti yang tiada kaitan dengan Youtube.

Sumber: metro.co.uk