YouTube Premium Dan YouTube Music Hadir Di Malaysia Harga Bermula RM14.90 Sebulan

YouTube Premium dan YouTube Music merupakan servis langganan berbayar dari YouTube. Sebelum ini ia hanya ditawarkan di negara luar sahaja dan baru hari ini pengguna di Malaysia boleh menggunakan servis langganan ini. Melalui langganan servis ini, ia menawarkan pengalaman menonton kandungan tanpa gangguan iklan, muat turun video tanpa had dan boleh memainkan video pada latar belakang.

Image result for youtube premium

Untuk YouTube Premium, anda boleh mula melanggan pada harga RM17.90 dan anda boleh mencubanya secara percuma selama 2 bulan. Terdapat juga pilihan pelan keluarga pada harga RM26.90 untuk sebanyak 5 ahli keluarga (umur 13 tahun keatas). Untuk pelan ini, ia ditawarkan percuma secara percubaan selama 1 bulan.

Langganan YouTube Premium akan disertakan sekali dengan YouTube Music. Akan tetapi jika anda mahu melanggan YouTube Music sahaja, ia ditawarkan pada harga RM14.90 serta percubaan percuma selama 1 bulan. Pakej keluarga pula pada harga RM22.90 dengan 1 bulan percuma.



Selain tidak ada gangguan iklan, muat turun untuk main secara offline, dan bermain kandungan pada latar belakang, antara fungsi tambahan lain adalah pengguna boleh memainkan video pada aplikasi YouTube Kids secara offline. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman YouTube Premium dan YouTube Music. 

Sumber: YouTube Premium, YouTube Music

 

Berkaitan