YouTube Perlahan Pada Safari, Edge Dan Firefox? Ikuti Langkah Ini Untuk Lajukannya

Tahun lalu, Google memberikan nafas baru kepada platform YouTube bagi komputer meja disamping pengenalan kepada mod gelap.

Sejak daripada itu, terdapat rungutan daripada pengguna yang menyatakan YouTube semakin perlahan selepas naik taraf berkenaan.

Perkara terbabit dialami oleh pengguna yang menggunakan pelayar selain Chrome seperti, Safari, Edge dan juga Mozilla Firefox.

Menurut pengurus program teknikal Mozilla, Chris Peterson, beliau mendakwa YouTube beroperasi lima kali lebih perlahan pada Firefox.

Tambahnya lagi, penyebab utama yang menjadikan ia perlahan adalah YouTube menggunakan Shadow DOM v0 API, yang tidak lagi digunakan pada pelayar lain.

Namun begitu, terdapat cara untuk mengatasi masalah yang dialami pengguna pelayar lain. Caranya adalah seperti dibawah.

Firefox

Peterson menyarankan pengguna Firefox untuk menggunakan add-on YouTube Classic. Hanya tekan Add To Firefox. Apabila anda menggunakan YouTube, anda boleh rasai perubahannya.

Safari dan Edge

Bagi dua pelayar ini, Tom Warren, editor dari The Verge menyarankan pengguna untuk memuat turun extension dari Tampermonkey. Melaluinya, ia akan membawa kembali YouTube versi lama yang lebih pantas.

Pada Safari, selesai muat turun, tekan pada tampermonkey.safariextz. Klik Trust.

Untuk Edge, muat turun Tampermonkey dari Microsoft Store. Lancarkannya dan tekan aktifkan.

Jika tidak berfungsi, cuba lakukan secara manual dengan pergi ke butang tiga garis bertindih, pada bahagian atas kanan. Pilih Extensions dan aktifkan Tampermonkey.

Setelah itu, klik ikon Tampermonkey, (Safari-sebelah kiri atas/ Edge-sebelah kanan atas), pilih Create a new script dan tetingkap suntingan akan dibuka.

Muat turun skrip terlebih dahulu, copy paste skrip tadi ditetingkap suntingan, tekan File dan Save.

Pada awal anda melayari YouTube, ia akan mengambil sedikit masa untuk load tetapi setelah skrip beroperasi, YouTube akan kembali dengan versi lama.

 

Berkaitan