Dalam minggu ini, syarikat tersebut mula melancarkan fungsi ini kepada umum, bermula dengan Android. Profile Card merupakan cara baru untuk mengetahui lebih lanjut mengenai seseorang yang meninggalkan komen pada video yang ditonton.
Pihak YouTube berkata, mereka berharap ciri ini membantu pengguna "meneroka komen, membina hubungan dengan orang lain, dan menyumbang kepada keseluruhan YouTube."
Untuk mengakses Profile Card, hanya perlu tekan pada gambar profil pengguna yang meninggalkan komen di video tersebut. Seterusnya, YouTube akan menunjukkan maklumat umum seperti nama saluran pengguna, bila mereka menyertai YouTube, bilangan subscriber mereka dan ulasan mereka baru-baru ini.
Semua maklumat yang dipaparkan pada Profile Card boleh dilihat di mana-mana kerana ia adalah maklumat umum, namun menjadi lebih mudah untuk diakses dengan Profile Card.
Berkenaan dengan sejarah komen, ia hanya menunjukkan komen yang ditinggalkan pada saluran tersebut sahaja. Sebagai contoh, membuka Profile Card seseorang di saluran YouTube Wiser hanya akan menunjukkan komen lain yang ditinggalkan pengguna tersebut pada saluran Wiser sahaja. Selain itu, hanya komen tertentu yang akan dipaparkan.
Di samping itu, Profile Card juga membantu pencipta kandungan YouTube mengenal pasti troll atau komen negatif yang kerap ditinggalkan oleh pengguna tersebut. Untuk mengubah maklumat umum yang akan dipaparkan, anda boleh menyunting tetapan seperti nama, gambar profil, paparan bilangan subscriber, komen anda baru-baru ini dan langganan anda.
Sumber: 9t05Google, Google Support
Berkaitan
- YouTube Kini Menyekat Mod Picture in Picture Melalui Pelayar Pada iOS 14
- Celcom Kemaskini Pelan XP Lite Dengan Penstriman YouTube Tanpa Had Serendah RM38/Sebulan
- Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip
- Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba Dua Ciri Baharu Dengan Integrasi AI
- YouTube Kini Sasarkan Aplikasi 'Ad Block' Pihak Ketiga
- YouTube Perkenal Lima Ciri Baharu Untuk Pelanggan Berbayar
- Google Bard Kini Lebih "Bijak", Boleh Analisis Video YouTube Secara Spesifik
- YouTube Sedang Mengalami Masalah Akses Tontonan Video
- Maybank Dan Grab Perkenal Kad Kredit Mastercard, Tawar Pelbagai Ganjaran
- Xiaomi Buang Ciri Popular Untuk Pengguna YouTube Percuma