Youtube Perkenal Live Streaming Untuk Vlogger Popular

Bermula semalam, personaliti popular Youtube sudah boleh bersiar secara live menerusi peranti mudah alih. Hal ini dilihat akan memberi saingan hebat kepada Facebook dan juga Instagram dalam menyediakan platform live streaming.

Sudah hampir 6 tahun syarikat yang dimiliki Google itu menyediakan sokongan live streaming melalui komputer dan antara yang pernah disiarkan adalah temasya sukan olimpik, kejohanan e-sport, debat calon presiden Amerika Syarikat dan banyak lagi. Kali ini Youtube mengetengahkan fungsi yang membolehkan personaliti Youtube yang mempunyai lebih dari 10,000 pelanggan (subscribers) berkomunikasi secara langsung dengan peminat mereka dengan lebih dekat.

"Pelancaran fungsi ini akan memberi kuasa live streaming kepada pencipta video Youtube yang berbakat dalam berkongsi pendapat mereka secara lebih cepat dan kreatif." jelas pengurus produk Youtube, Barbara Macdonald dan Kurt Wilms. Youtube juga berjanji fungsi ini akan ditawarkan secara meluas tidak lama lagi. Setakat ini, pelancaran fungsi live streaming mudah alih Youtube melibatkan 5 orang personaliti popular  seperti The Young Turks, AIB, Platica Polinesia, sacconeJolys, dan Alex Wassabi.

Nampaknya fungsi live streaming semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna sosial media dan ia mungkin menjadi pertaruhan kepada syarikat sosial media untuk menyediakan platform live streaming terbaik.

 

Sumber: Youtube Blog