YouTube Padam Video Berunsur Kanak-Kanak, Solusi Bagi Masalah Pedophile

Platform video popular, YouTube yang dimiliki oleh syarikat gergasi Google, dilaporkan akan memadam segala jenis video berunsur kanak-kanak pada platform berkenaan. Hal ini berlaku kerana terdapat isu yang membawa kepada masalah Pedophile.



Baru-baru ini pihak kerajaan Amerika Syarikat melakukan siasatan keatas YouTube dan telah menemukan beberapa masalah yang melibatkan kanak-kanak.

Salah satu kes bagi isu tersebut, terdapat satu video yang dimuat naik oleh pengguna kanak-kanak yang sedang mandi di kolam bersama rakan-rakanya. Ibu pengguna kanak-kanak itu risau akan jumlah penonton yang bertambah dan beberapa komen berunsur gangguan seksual. Sebelum ini YouTube hanya menutup ruangan komen jika hal seperti ini diadukan.

Akibat dari tindakan yang dilakukan oleh pihak kuatkuasa, unit eksekutif YouTube dan Google telah membuat keputusan untuk memadam kandungan kanak-kanak di laman utama dan menjadikan YouTube Kids sebagai platform utama bagi pengguna kanak-kanak.

Sumber: The Verge