YouTube Music Mungkin Akan Hadir Ciri Kongsi Lagu Untuk Stories Instagram Dan Snapchat

Umum mengetahui bahawa Google Play Music tidak boleh lagi diakses menjelang akhir tahun ini dan pengguna semua perlu berhijrah ke YouTube Music.

Dengan ini juga, Google ingin menambah ciri baharu pada aplikasi ini iaitu membolehkan pengguna berkongsi muzik sebagai story di Instagram dan Snapchat.



Fungsi ini sama seperti Apple Music dan Spotify dimana anda boleh berkongsi muzik yang sedang didengari. Ia turut memaparkan nama artis serta latar belakang tersuai.

Jika Google bekerjasama dengan Instagram, kemungkinan penonton story tersebut dapat buka YouTube Music dan seterusnya mendengar lagu yang sama berdasarkan pautan diberi.

Selain memberikan pilihan yang menarik buat pengguna Instagram dan Snapchat, ciri ini secara tidak langsung dapat mempromosikan aplikasi YouTube Music yang penggunanya masih tidak ramai berbanding aplikasi lain.

Sumber: 9To5Google