Kini dilaporkan bahawa YouTube sudah pun melancarkan platfom baru tersebut di India sebagai percubaan awal mereka. Platfom tersebut dikenali sebagai YouTube Shorts.
Seperti semua sedia maklum, TikTok merupakan platfom video pendek paling popular di India.
"...we’re launching an early beta of Shorts with a handful of new creation tools to test this out. This is an early version of the product..." YouTube.
Jadi, YouTube Shorts akan cuba menyaingi TikTok secara berdepan dengan menawarkan pilihan alternatif.
Sama sepertimana TikTok, YouTube Shorts membolehkan penggunanya merakam video pendek selama 15 saat beserta dengan pilihan audio.
Menurut jurucakap YouTube yang memaklumkan kepada laman The Verge, ketika ini sudah terdapat sebanyak 100,000 pilihan trek lagu.
Malah mereka juga sedang bekerjasama dengan para pemuzik popular dan syarikat penerbitan lagu bagi mengkayakan lagi kandungan audio dalam katalog mereka.
Setakat ini, belum diketahui bilakah YouTube Shorts akan ditawarkan kepada semua.
Berkaitan
- Cip iPhone 15 Pro Lebih Jimat Tenaga Berbanding Snapdragon 8 Gen 3 - YouTuber
- YouTube Jadi Perlahan? Cuba 2 'Adblock' Alternatif Ini
- Meta Dan TikTok Laporkan Malaysia Minta Buang Lebih Banyak Kandungan Pada Tahun 2023
- Apple Dan Google Digesa Tarik Keluar Aplikasi TikTok Dari Stor Mereka
- "Tolak Tepi" Google, Facebook Dan YouTube, Wikipedia Adalah Laman Sesawang Paling Popular Dilayari Rakyat Malaysia
- Hati-Hati, 3 Pakej Aplikasi YouTube Palsu Ini Aktif Intip Pengguna Android
- Versi Lama Antaramuka YouTube Di Komputer Akan Ditamatkan Pada Mac Ini
- Firma Pembangun Aplikasi TikTok Sedang Disiasat Oleh Kerajaan A.S
- YouTuber China Hasilkan Peranti Bank Kuasa "Mudah Alih" Berkapasiti 27,000,000mAh
- Kadet Tentera Amerika Syarikat Dilarang Menggunakan TikTok Ketika Berpakaian Seragam