Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Mahu Anda Pilih Ciri Mana Yang Patut Ada Untuk YouTube Music Percuma

YouTube Mahu Anda Pilih Ciri Mana Yang Patut Ada Untuk YouTube Music Percuma

Diterbitkan Disember 16, 2022 · Dikemas kini Disember 16, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Baru-baru ini, YouTube memuat naik undian di Twitter untuk pengguna memilih ciri yang dimahukan untuk YouTube Music yang menyokong iklan.

okay round #2:
what feature do you want the most on ad-supported @youtubemusic?👀

(if we missed anything, let us know in the comments!)

— TeamYouTube (@TeamYouTube) December 15, 2022

YouTube Music merupakan aplikasi penstriman lagu di mana pengguna boleh melanggan pelannya untuk mengakses pelbagai jenis ciri. Pengguna juga boleh menggunakannya secara percuma namun beberapa ciri tidak dapat diakses dan mereka perlu melihat iklan.

Di dalam undian tersebut, pengguna boleh mengundi ciri-ciri yang mereka inginkan walaupun tidak membayar pelan YouTube Music. Antaranya adalah memainkan audio di latar belakang, cadangan lagu yang lebih baik serta macam-macam lagi.

Pengguna juga boleh sahaja meletakkan ciri yang mereka inginkan selain daripada dalam undian pada ruangan komen.

Setakat ini, undian majoriti yang dapat dilihat ialah membenarkan pengguna memainkan lagu secara latar belakang.

Terdapat juga ciri yang lain dicadangkan oleh pengguna seperti ketersediaan aplikasi tersebut di Windows serta butang melangkau iklan.

Berkaitan

  • Firma Tukaran Kripto, FTX Disahkan Muflis, Terlibat Skandal Penipuan Kripto Terbesar
  • #YearOnTikTok2022 - Ini Pempengaruh Dan Trend Tersohor Sepanjang Tahun Ini
  • Berita Baik Berkaitan Telekomunikasi Menjelang Krismas Ini - Fahmi Fadzil
  • Roket Gagal Sampai Ke Ruang Orbit, 14 Satelit China Hilang
  • Filem Marvel Ini Terpilih Dimuat Ke Dalam Pendaftaran Filem Kebangsaan

Langkah ini adalah untuk memenuhi permintaan pengguna serta neningkatkan kualiti aplikasi mereka dari masa ke semasa.

Pada Oktober yang lepas, YouTube pernah membuat undian khususnya untuk pengguna di televisyen dan konsol. Pemenang bagi undian ini adalah akses untuk memuat naik serta melihat komen.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY