Youtube Kini Menyokong Paparan Penuh Untuk iPhone X

Seperti mana yang diketahui umum, aplikasi di Youtube hanya memainkan video dalam paparan skrin penuh dengan nisbah 16:9. Nisbah 18:9 kini semakin menjadi tren di kalangan syarikat pembuat telefon pintar untuk membawakan skrin yang lebih besar.

Jadi agak menjengkelkan apabila anda memiliki peranti telefon pintar dengan skrin besar nisbah 18:9. Video yang dimainkan masih lagi dalam saiz 16:9, ini bermakna video yang dipaparkan memperlihatkan potongan skrin di kedua-dua sisi paparan skrin peranti.



iPhone X dibina dengan paparan skrin 5.8 inci dengan nisbah 19.5:9. Dan seperti yang anda semua tahu, skrin iPhone X memiliki takuk di bahagian atas skrin.

Berita baik untuk mereka yang ingin memiliki iPhone X. Youtube akan membawakan kemaskini untuk peranti iPhone X bagi membolehkan pengguna menonton video di Youtube dalam paparan penuh melalui kemaskini  12.43.

Sebenarnya, pengguna iPhone X sendiri boleh menonton video penuh dengan ciri 'pinch gesture' yang sedia ada.