YouTube Kini Hadir Dengan Fungsi Semak Hak Cipta Kandungan Dalam Video

Dalam memudahkan pencipta kandungan video, YouTube kini tampil dengan fungsi "Checks" dimana ia dapat memberi amaran sekiranya video yang mahu dimuat naik itu tidak menyalahi hak cipta.

Fungsi tersebut juga amat berguna terutama pencipta kandungan untuk menjana pendapatan dari pengiklanan dan seiring dengan garis panduan yang ditetapkan YouTube.



Dengan ini, video yang ingin dimuat naik akan disemak terlebih dahulu dalam pangkalan data mereka.

Jika terdapat sebarang masalah, YouTube akan terus memaparkan maklumat berkaitan termasuk kod masa dan kesannya terhadap video.

YouTube menambah lagi bahawa penyemakan ini hanya mengambil masa 3 minit sahaja.

Sumber: Google via engadget