YouTube Gaming Bakal Ditutup Penghujung Bulan Ini

Laman sesawang popular video strim YouTube telah mengumumkan menutup saluran permainan mereka iaitu di laman sesawang YouTube Gaming (gaming.youtube.com) termasuk aplikasi YouTube Gaming App.

YouTube Gaming yang dilancarkan pada 4 tahun lalu mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan, laporan dari The Verge mengatakan laman sesawang itu seperti tidak 'hidup' kerana kurang  popular dalam kalangan penonton.  YouTube telah menyediakan lebih dari 50 billion jam kandungan permainan setahun, tetapi penonton tidak memilih untuk menonton di laman khusus bagi permainan di YouTube Gaming berbanding memilih menonton di YouTube utama.



Balik kembali kepada sejarah, YouTube pernah cuba untuk membeli perkhidmatan  permainan penstriman utama Twitch.tv pada tahun 2014, tetapi syarikat itu jatuh ke tangan Amazon. Setahun kemudian YouTube Gaming dilancarkan yang boleh dikatakan klon kepada Twitch.

Tetapi YouTube Gaming hanya alternatif bagi kandungan permainan di YouTube, ini bermakna keputusan untuk menutup portal itu tidak merugikan mana-mana pihak, ia seperti perubahan yang dilakukan demi mencari jumlah penonton yang tinggi dan 'mematikan' produk yang tidak memberangsangkan. Untuk lebih lanjut, lihat di ruangan sokongan.

YouTube Gaming boleh dikatakan sesuai dimasukkan ke dalam senarai produk yang akan ditutup pada 2019. Syarikat Google sendiri memilih keputusan itu kerana persaingan yang terlalu tinggi seperti Twitch pencabar YouTube Gaming, Spotify pencabar YouTube Music, YouTube TV dan YouTube Premium adalah niat untuk mencabar Netflix.

Sumber: arstechnica