YouTube Didakwa Sedang Bangunkan Program Interaktif Ala Bendersnatch Mereka Sendiri

Jika anda penggemar Netflix, hampir pasti anda pernah menonton filem interaktif Black Mirror: Bandersnatch yang membolehkan penonton memilih jalan cerita mereka sendiri.

Filem itu menjadi tular dan sangat popular memandangkan ia merupakan gaya filem yang unik dan tidak pernah digunapakai sebelum ini.

Menyedari perkara itu, platform perkongsian video popular, YouTube didakwa sedang dalam proses membangunkan program yang hampir serupa.

https://youtu.be/VNw9DAwp2Kk

Program sebegini membenarkan penonton terlibat secara langsung dengan filem atau video yang ditonton, sekaligus membolehkan mereka mendapatkan plot yang berbeza.

YouTube mahupun Netflix bukanlah satu-satunya penerbit yang berminat dengan idea sebegini.

Pada tahun lepas, Walmart dan Eko telah bekerjasama untuk menghasilkan siri interaktif mereka sendiri yang melibatkan pelaburan sehingga $250 juta(~RM1.02 bilion).

Walaubagaimanapun, Google Inc. dikatakan tidak mahu memberi sebarang kenyataan mengenainya setakat ini.

 

Sumber: CNET