Ia sekaligus membolehkan pengguna peranti iOS dan peranti yang tidak menyokong kemaskini Android Pie menikmati fungsi ini. Menurut Google, fungsi ini bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk melihat semula berapa banyak masa yang mereka telah bazirkan dengan melayari YouTube.
Melalui pembaharuan ini, satu bahagian baru akan tersedia di menu Akaun anda pada aplikasi tersebut. Bahagian itu dinamakan sebagai 'Time watched' yang akan memaparkan maklumat seperti penggunaan pada hari berkenaan, hari sebelumnya, sepanjang seminggu sebelumnya serta purata penggunaan harian.
Malah, sekiranya diaktifkan, anda juga boleh menetapkan aplikasi YouTube di peranti anda untuk mengingatkan anda supaya berehat daripada menonton video buat sementara waktu. YouTube juga membenarkan anda untuk menetapkan tempoh masa tontonan yang dibenarkan sebelum peringatan untuk berehat akan terpampar di paparan skrin anda.
Untuk menggunakan fungsi terbaru ini, anda perlu pastikan aplikasi YouTube mudah alih anda telah dikemaskini kepada versi terbaru. Untuk melakukannya, anda boleh ke laman Google Play StoreĀ atau Apple App Store melalui peranti milik anda.
Sumber
Berkaitan
- Vevo Mahu Tamatkan Servis Aplikasi Android dan iOS, Mahu Lebih Fokus Kepada Empayar Youtube
- Aplikasi YouTube Go Membenarkan Pengguna Memuat Turun Video Untuk Tontonan Secara Offline
- Google Pixel 2 & Pixel 2 XL Tidak Lagi Dijual Di Google Store
- Google Chrome Dan Mozilla Firefox Disekat Penggunaanya Untuk Windows 10 S
- Google Pixel Akan Menjadi Peranti Pertama Menerima Kemaskini Android O
- Cara Untuk Elak Tol Menggunakan Google Maps
- SSD Mudah Alih Baharu Keluaran Western Digital Lebih Pantas dan Tahan Lasak
- YouTube Manambah Ciri Baru Di Ruang Komen
- Sokongan Pengecasan Pantas Tanpa Wayar Google Pixel 3 Hanya Pada Dek Pengecas Yang Diiktiraf Sahaja
- YouTube Tidak Lagi Benarkan Kandungan Berkenaan Cabaran Merbahaya & Prank Di Platform Mereka