YouTube Bakal Mengurangkan Kualiti Video Secara Default Pada Bulan Hadapan

Sebagai usaha untuk melancarkan trafik internet sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19, YouTube dilapor bakal mengurangkan kualiti penstriman video di seluruh dunia bermula bulan hadapan. Tindakan ini diambil hanya seminggu selepas YouTube mengumumkan pengurangan kualiti penstriman video bagi pengguna Eropah.

Youtube Kualiti Video

Secara default, video akan dimainkan dengan standard definisi iaitu pada resolusi 480p. Bagaimanapun, pengguna masih boleh memainkan video dengan definisi tinggi (HD) dimana ia boleh dilakukan secara manual di bahagian pilihan kualiti.

Langkah yang diambil ini berikutan penggunaan perkhidmatan penstriman yang telah melonjak naik dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana ratusan juta orang tinggal di rumah ketika penularan Covid-19. Menurut syarikat itu, jika sebelum ini penggunaan YouTube hanya meningkat naik pada waktu petang apabila pengguna pulang dari kerja, kini tahap penggunaannya adalah sama sepanjang hari.

Terdahulu, Netflix, Apple dan Amazon turut mengurangkan kualiti penstriman video kepada pengguna Eropah.

Sumber: The Verge