YouTube Akan Sekat Dan Keluarkan Video Teori Konspirasi 5G Dengan Covid-19

Baru-baru ini, terdapat teori konspirasi yang cuba mengaitkan pandemik Covid-19 dengan teknologi 5G. Sebagai langkah untuk menyekat penyebaran tersebut, YouTube merancang untuk menyekat video seperti itu.

Ini kerana, ia melanggar polisi terbaru berkaitan halangan video mempromosikan kaedah perubatan yang tidak berasas untuk mencegah jangkitan Covid-19. Bagaimanapun, ia tidak akan menghentikan sepenuhnya semua video konspirasi 5G tersebut.



Sebaliknya, YouTube berkata ia menekan "borderline content" yang boleh mengelirukan orang ramai dalam cara yang berbahaya seperti teori konspirasi teknologi 5G dan wabak itu sendiri. Langkah ini termasuk mengurangkan senarai cadangan bagi video, mengeluarkan dari hasil carian dan hasil iklan.

Pendekatan YouTube mungkin dapat menangani situasi yang segera, tetapi tidak sepenuhnya untuk menangani masalah jangka masa panjang.

Terdahulu, sekurangnya 7 menara sel telah dibakar pada minggu lalu di United Kingdom, 4 menara dibakar pada 24 jam lepas setelah teori konspirasi dalam talian itu mendakwa hubungan antara menara sel dan pandemik Covid-19. Malah, menara bukan 5G turut terkena tempias dan dibakar.

Sumber: Engadget