Yoodo Sudah Mula Tawar Perkhidmatan eSIM, Sedia Digunakan Pada Tiga Model Telefon Pintar Ini

Memulakan ujian beta bagi perkhidmatan eSIM pada Mac lepas, ia akhirnya sudah boleh dilanggan dengan mudah oleh pengguna yang berminat.

Bergerak kearah servis digital sepenuhnya, pendaftaran untuk perkhidmatan eSIM boleh dilakukan secara dalam talian melalui peranti pintar anda tanpa perlu hadir secara fizikal kemana-mana cawangan seperti yang dilakukan oleh Celcom serta Maxis.

Bagi yang berminat boleh mendapatkannya dengan cara memuat turun aplikasi Yoodo dari App Store dan setelah siap dipasang pada telefon pintar, anda cuma perlu pilih 'Activate a SIM',  pilih 'eSIM' dan ikuti arahan yang berikutnya.

Perkhidmatan eSIM Yoodo kini hanya menyokong tiga model telefon pintar Apple; iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR. Keterangan lanjut mengenai penawaran ini boleh didapati dilaman Yoodo.