Yoodo Kini Hadir Dengan Pelan Data Tanpa Had Bermula RM35 Sebulan

Rata-rata syarikat telekomunikasi sudah sedia menawarkan pelan data tanpa had seperti Xpax, Hotlink, Digi, dan unifi Mobile.

Kini Yoodo pula hadir dengan 2 pelan baharu yang membolehkan pelanggan melanggan data tanpa had.



2 pelan baharu ini dibahagikan mengikut kepada pelan 3Mbps dan 6Mbps.

Untuk pelan 3Mbps, ia boleh dilanggan pada harga RM35 sebulan manakala pelan 6Mbps pula RM43 sebulan.



Selain internet tanpa had, Yoodoo juga turut menyertakan hotspot percuma sebanyak 2GB dan juga panggilan selama 50 minit setiap bulan.

Pengguna juga boleh memilih untuk menambah kadar penggunaan seperti hotspot, panggilan atau SMS mengikut kesesuaian sendiri.

Maklumat lebih lanjut boleh layari Yoodo di pautan ini.

 

Berkaitan