Yoodo Kesal Dengan Masalah Dihadapi Pengguna, Beri Pelanggan 3GB Data Secara Percuma

Nama Yoodo sebagai pembekal perkhidmatan internet mula meningkat naik apabila mereka memberikan data tanpa had percuma untuk permainan popular, PUBG.

Namun, pada 18 Mac lalu, sebahagian besar pelanggan mereka mengalami masalah untuk berhubung apabila gagal untuk bersambung dengan internet.


Selain itu, pelanggan juga mendakwa bahawa mereka kehilangan kuota internet, kredit, SMS dan minit panggilan secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, segala masalah itu telah berjaya diselesaikan oleh pihak mereka sepenuhnya secara berperingkat semalam.



Apa yang menarik, Yoodo akan memberikan 3GB data internet percuma bagi setiap pelanggan mereka pada kitaran bil mereka yang berikutnya. Tawaran ini dibuat sebagai tanda permohonan maaf mereka kepada pelanggan.

Tindakan Yoodo ini wajar dipuji dan dijadikan contoh oleh penyedia perkhidmatan lain bagi terus menjaga kualiti perkhidmatan serta mengekalkan kesetiaan pengguna kepada servis mereka.

 

Sumber: FB Yoodo Malaysia