Yi Erida Drone Alternatif GoPro Karma?



Yi terkenal dengan peranti kamera aksi mereka atau Wisermy sendiri boleh katakan Yi terkenal sebagai kamera aksi alternatif GoPro, dimana mereka berkerjasama bersama Xiaomi.



Dengan pelancaran DJI Mavic Pro dan GoPro Karma, Yi pula telah pun muncul dengan drone mereka sendiri yang diberi nama Erida. Yi Erida adalah sebuah tricopter berbeza dengan rekaan drone mainstream yang sering menggunakan Quadcopter untuk ciri keseimbangan. Yi Erida ini telah pun dilancarkan secara rasmi pada bulan lepas. Ianya dibina dengan gentian fiber dan mampu mencecah kelajuan 75mph. Berbanding GoPro Karma dan DJI Mavic Pro yang hanya mampu mencapai 35mph dan 40mph untuk kelajuan maksimum. Kedua-dua sayap tepi boleh dilipat untuk memudahkan ia disimpan.









Di bahgian bawah drone terdapat gimbal untuk melekatkan kemeri aksi anda. ianya mempunyai sokongan yang sangat stabil. Drone Erida ini juga boleh disambungkan ke telefon pintar anda menggunakan aplikasi Yi Erida sebagai alat kawalan jauh.



Yi Erida mampu terbang selama 40 minit untuk bateri penuh berbanding drone quadcopter biasa yang berada di pasaran. Harga drone ini dijangka akan berharga RM2500-RM2400 di pasaran Malaysia yang masih belum diumumkan secara rasmi oleh Yi Malaysia.










Sumber: Cnet