Yeezy Gap - Kerjasama Antara Kanye West Dan Gap

Penyanyi rap popular, Kanye West telah bekerjasama dengan Gap untuk melancarkan koleksi pakaian yang menjadi sebahagian daripada label fesyen Yeezy.

Koleksi yang bercirikan asas moden tinggi yang akan dijual dengan harga yang berpatutan bertujuan untuk kedua-dua jenama mencari "pelanggan baru".

yeezy gap kanye west dan gap

Kolaborasi ini juga sangat bermakna bagi West yang pernah bekerja untuk Gap semasa remaja ketika beliau dibesarkan di Chicago. Koleksi Yeezy Gap ini akan dikeluarkan untuk para lelaki, wanita, dan juga kanak-kanak.




“We are excited to welcome Kanye back to the Gap family as a creative visionary, building on the aesthetic and success of his Yeezy brand and together defining a next-level retail partnership.”

yeezy gap kanye west dan gap

Koleksi Yeezy Gap ini akan dilancarkan secara online dan di butik-butik Gap pada tahun 2021.

Sumber: Independent