Yeezy BOOST 350 V2 "Zyon", Kolaborasi Antara Kanye West Dan Adidas

Kanye West dan Adidas bakal mengeluarkan Yeezy BOOST 350 V2 "Zyon" tidak lama lagi. "Zyon" mempunyai corak yang serupa dengan Yeezy 350 V2 "Static", hanya kali ini tiada jalur putih dan aksen kelabu diganti dengan jalur coklat gelap beserta tona mocha.

Yeezy 350 V2 terdiri daripada Zyon Primeknit di bahagian atas dengan jalur sisi tona gelap. Tapak Boost yang empuk dan dalaman berwarna krim melengkapkan reka bentuk "Zyon".



Adidas Yeezy BOOST 350 V2 "Zyon" akan mula dijual secara rasmi pada 18 Julai di semua outlet YEEZY Supply pada harga $220 (~RM940). Bagi warga Malaysia, "Zyon" boleh didapatkan dari Stadium Goods atau StockX.

Sumber: HYPEBEAST