Yahoo Messenger Ditamatkan Setelah 20 Tahun Berkhidmat

Pertama kali muncul pada Mac 1998, ia dikenali sebagai Yahoo! Pager, satu platform yang menawarkan khidmat pemesejan segera.

Cukup popular dalam kalangan anak muda, ia dijadikan sebagai medium komunikasi untuk berbual bersama rakan mahupun pengguna lain yang tidak dikenali.



Tapi sayangnya Yahoo tidak lagi memberikan sokongan terhadap Yahoo! Messenger dimana bermula esok, 18 Julai 2018, aplikasi serta perisian ini tidak lagi boleh digunakan.

Hal ini sudahpun diumumkan sebulan yang lalu, dan penamatan itu bukan bersifat sementara tetapi buat selama-lamanya.

Langkah yang diambil ini mungkin disebabkan Yahoo mahu memberi fokus kepada pembangunan aplikasi baru yang lebih sesuai dengan pengguna masa kini.

Oath, syarikat pemilik kepada Yahoo! Messenger, memberikan kesempatan terakhir untuk pengguna memuat turun chat history di dalam YM dalam tempoh 6 bulan lagi dengan pergi ke laman ini.