Yahoo Masih Gagal Menemui Punca Bagaimana 3 Juta Akaun Pengguna Digodam

Sejak 2013 dan 2014 yang lepas, sebanyak 3 juta pengguna akaun Yahoo dilaporkan telah berjaya digodam dan ia merupakan antara kes pencerobohan data terbesar pernah berlaku dalam sejarah.

Tahun 2017 sudah hampir ke penghujungnya, namun Yahoo masih lagi gagal dalam mengenalpasti bagaimana akaun pengguna mereka digodam. Itulah yang dikatakan oleh CEO Yahoo, Marissa Mayer kepada Jawatankuasa Perdagangan, Senat Amerika Syarikat dalam sebuah perbincangan minggu lalu.

Beliau turut menambah bahawa platform enjin carian itu sudah bekerjasama dengan Jabatan Keadilan dan FBI dalam mengesan pelaku disebalik pengodaman besar-besar tersebut. Mayer turut menuding jari kepada pihak Rusia dengan mendakwa mereka adalah dalang pencurian akaun pengguna itu.

"Kita percaya bahawa pegawai risikan Rusia dan penggodam yang ditaja negara itu bertanggungjawab kepada serangan yang sangat rumit dan canggih terhadap sistem Yahoo" ujar Mayer lagi.

Sumber: Tech Crunch