Xperia 1R Mungkin Jadi Telefon Pintar Pertama Menyokong Paparan 5K

Imbas kembali tahun 2015, Sony telah melancarkan model Xperia Z5 Premium sebagai sebuah telefon pintar pertama didunia dengan paparan 4K. Gelaran yang sama turut diberi kepada model Xperia 1 yang dilengkapi dengan paparan 4K HDR OLED.

Terbaru, satu lagi perkhabaran muncul memperdengarkan ura-ura keluaran syarikat berpusat di Tokyo itu bakal melancarkan telefon pintar dengan paparan 5K pertama didunia menerusi Xperia 1R.



Berdasarkan laporan SumahoInfo dari 91Mobiles, peranti dengan nombor model J8220 itu bakal hadir dengan paparan bernisbah 21:9 yang mempunyai resolusi (5040 x 2160). Desas-desus mengenai Xperia 1R sudah bermula sejak beberapa ketika dimana pada awalnya ia disebut sebagai Xperia 2.



Tidak spesifikasi berkenaan Xperia 1R didedahkan, tetapi jika benar ia adalah Xperia 2 seperti yang diperkatakan, model ini akan dilengkapkan dengan Snapdragon 855 (mungkin Snapdragon 855 Plus), RAM sekurang-kurangnya 6GB, kapasiti bateri 3200mAh dengan sokongan pengecasan pantas serta mempunyai bicu audio 3.5mm.

Sumber: 91 Mobiles dan SumahoInfo