Xpeng Firma Pembangun Kereta Elektrik China Yang Akan Mencabar Tesla

Xiaomi adalah antara pelabur utama firma tersebut.


Xpeng Motors mengumumkan mereka telah berjaya memperoleh dana kewangan sebanyak USD400 juta untuk pembangunan kereta elektrik.

Xpeng dilihat sebagai firma China yang akan mencabar pasaran kereta elektrik dari Amerika Syarikat iaitu Tesla pada masa hadapan.

Ketika ini, antara firma gergasi yang menyokong Xpeng Motors termasuklah Alibaba, Foxconn dan terbaru syarikat pengeluar telefon pintar dan barangan elektronik, Xiaomi.

Menurut Lei Jun, pengasas Xiaomi strategik pelaburan ke atas syarikat tersebut adalah sebagai meningkatkan lagi pengetahuan dalam inovasi, pembangunan perkakasan dan Internet of Things.

Pada tahun lalu, Xpeng telah pun melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama mereka iaitu G3. Produksi secara besar-besaran kenderaan elektrik itu telah pun bermula sejak Mac 2018.

Menurut Xpeng, mereka telah berjaya mengeluarkan lebih daripada 10,000 unit G3 2019 setakat Jun 2018.

Sumber: ZDNet