Xpax Tawar 3 Kali Lebih Kuota Pada Harga Sama Sempena Tahun Baru Cina

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, Celcom menerusi Xpax menawarkan 3 kali lebih kuota data tetapi masih mengekalkan kadar harga yang sama untuk pelan internet mereka.

Bermula 13 Februari sehinggalah ke penghujung April 2018 nanti, pengguna Xpax layak menerima data bonus setiap kali melanggan pelan internet mingguan mahupun bulanan.



Langganan Xpax Add-ons seperti Facebook Walla, Instagram Walla, Video Walla, dan Internet Lewat Malam turut sama digandakan jumlah datanya. Berikut merupakan pecahan data bonus yang akan diterima oleh setiap pengguna.

Mingguan

  • RM6 > 500MB data asal + 1GB data bonus = 1.5GB

  • RM 10 > 2GB data asal + 4GB data bonus = 6GB

  • RM 19 > 5GB data asal + 10GB data bonus = 15GB


Bulanan

  • RM 30 > 5GB data asal + 10GB data bonus = 15GB

  • RM 50 > 10GB data asal + 20GB data bonus = 30GB

  • RM 79 > 15GB data asal + 30GB data bonus = 45GB


Tambahan Pelan Internet Lewat Malam

  • Mingguan (1 pagi - 7 pagi):  RM 7 > 10GB data asal + 20GB data bonus = 30GB

  • Bulanan (1 pagi - 7 pagi): RM 20 > 15GB data asal + 30GB data bonus = 45GB


Untuk makluman, data bonus yang diberi ini hanya sah digunakan selama...

  • 2 hari untuk langganan mingguan

  • 3 hari untuk langganan bulanan...


dan ia tidak boleh dibawa kehadapan melalui Data Rollover. Pelan Internet Harian juga dinaiktaraf kepada RM3 untuk 2GB sementara RM5 untuk data 4GB.