Xiomi Redmi 4, Redmi Note 4 Dijangka Dilancarkan Hari Ini







Xiomi dijangka akan melancarkan produk terbaru mereka hari ini apabila syarikat dari China itu telah mengeluarkan gambar seakan akan telefon pintar awal minggu ini.



Xiomi telah dilaporkan sedang berada di kemuncak dari segi penjualannya dengan mengetengahkan telefon pintar kos sederhana dan pelancaran hari ini sangat penting dalam meneruskan legasi mereka dengan telefon pintar generasi baru.



Walaupun pihak Xiomi sendiri tidak mengumumkan sebarang pelancaran peranti baru mereka, namun ianya telah banyak diperkatakan oleh peminat Xiomi sejak dua hari yang lalu. Terlalu banyak spekulasi yang bermain dengan ada yang mengatakan Xiomi hanya akan mendedahkan Redmi Note 4 yang sepatutnya dilancarkan akhir bulan lepas. Masih tidak ada kepastian tentang yang mana satu yang akan di lancarkan terlebih dahulu, atau mungkin kedua duanya sekali. Selain dari itu, laporan mengatakan Xiomi juga akan mengeluarkan Mi Note 2 pada 2 September ini.



Berita tentang ketirisan ini memberi beberapa informasi tentang Redmi 4 ini yang dikatakan mempunyai paparan skrin berukuran 5 inci, dengan prosessor 2GHz MediaTek Helio X20 deca-core atau 2 GHz Sanpdragon 625 octa-core. Ianya juga dikatakan mempunyai pilihan memori dalaman - 2GB RAM/16GB atau 3GB RAM/64GB.



Redmi 4 dijangka akan datang dengan kamera belakang 13-megapixel dan kamera belakang 5 megapixel. Redmi 4 akan menawarkan sambungan 4G bersama sokongan VoLTE dan di kuasai oleh bateri 4100mAh.



Untuk Redmi Note 4 pula yang juga bakal dilancarkan hari ini, peranti ini dikhabarkan menggunakan Snapdragon 652 SoC, namun ada juga ura ura mengatakan ianya memiliki prosessor MediaTek Helio X20 deca-core (sama seperti Redmi 4) yang mempunyai paparan skrin berukuran 5.5 inci full-HD (1080x1920 pixel) IPS, bersama kapasiti bateri 4000mAh.





ADVERTISEMENT



x