Xiaomi Umum Bangunkan Permainan Mudah Alih Mirip Fortnite Dan PUBG

Permainan genre Battle Royale sudah mula meniti dibibir penggemar permainan mudah alih sejak setahun yang lalu.

Dua permainan yang popular dimainkan seperti PUBG dan Fortnite berjaya menggumpulkan sejumlah besar pemain dari serata dunia. Bagi memberi saingan dalam pasaran itu, Xiaomi telah mengumumkan pembangunan permainan mudah alih dikenali sebagai Survival Game.



Pengumuman telah dibuat melalui forum itu turut memperlihatkan penawaran bagi pendaftaran ujian beta tertutup untuk pengguna yang berminat. Ketika artikel ini ditulis, pendaftaran untuk ujian beta telah pun ditutup.



Survival Game adalah sebuah permainan dengan tema sains fiksyen yang mengandungi karakter, senjata dan kenderaan yang bakal memberikan kelainan ketika bermain.

Sumber: Mi Forum