Xiaomi Turut Lancarkan Mi Smart Standing Fan 1C

Bukan sahaja mengumumkan kehadiran Redmi Note 9, Note 9 Pro dan Mi Note 10 Lite, Xiaomi turut sama memperkenalkan kipas untuk pasaran global sebentar sahaja tadi.

Merupakan sebuah kipas berdiri, Mi Smart Standing Fan 1C dilengkapi dengan 7 bilah memberikan talaan angin yang lebih baik. Ia turut berfungsi dengan lebih senyap serta ketinggian yang boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian penggunaan.



Kipas berdiri dari Xiaomi ini turut mempunyai kawalan jarak jauh melalui aplikasi Mi Home App pada telefon pintar. Anda boleh menghidup serta mematikannya, tukar mod, ubah aliran udara serta mempunyai fungsi keselamatan kanak-kanak.



Mi Smart Standing Fan 1C dijual di pasaran Eropah pada harga 39.9 Euro atau RM188 mengikut tukaran matawang asing semasa.