Xiaomi Tidak Mahu Sekadar Dikenali Sebagai Jenama Telefon Pintar

Walaupun telah semakin mengorak langkah untuk muncul antara gergasi dalam industri telefon pintar hari ini, Xiaomi tidak mahu dikenali sebagai sebuah jenama telefon pintar sahaja. Ia adalah kerana mereka turut menghasilkan beberapa barisan produk lain selain telefon pintar.

Selain telefon pintar, Xiaomi turut menghasilkan produk-produk lain seperti jam tangan pintar, peralatan rumah pintar, kamera keselamatan, peralatan dapur serta produk yang berkaitan kesihatan dan kecergasan. Kebanyakkan daripada produk mereka menggunakan teknologi kecerdasan buatan(AI) dan Internet of Things(IoT).



Raghu Reddy(Ketua Bahagian Jualan Atas Talian Xiaomi India) berkata dalam satu temuramah dengan akhbar tempatan, usaha untuk mempelbagaikan barisan produk Xiaomi ini telah bermula sejak tahun 2014 lagi. Sejak itu, lambakan produk lain Xiaomi boleh didapatkan di pasaran.

Apa yang lebih penting ialah semua produk-produk berkenaan ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik berbanding pesaing-pesaing mereka. Xiaomi juga dikatakan sedang mempertingkatkan kualiti pasaran luar talian mereka dengan membuka lebih banyak Mi Store dan Mi Home di masa yang terdekat.

 

Sumber