Xiaomi Tawar Potongan Harga Sehingga 33% Sempena Promosi 9.9 Lazada

Jika anda tidak berpeluang mendapatkan Mi 10 pada harga lebih murah sempena jualan ulangtahun ke-10 Xiaomi baru-baru ini, Xiaomi kini kembali dengan promosi dalam talian sempena jualan 9.9 di Lazada.

Xiaomi jualan murah 9.9

Tidak hanya Mi 10, Xiaomi turut menawarkan pelbagai telefon pintar dan produk ekosistem dengan potongan harga sehingga 33%. Antaranya termasuk Redmi Note 9S, Redmi Note 9 Pro, Redmi 9C, Mi Smart Band 4, Mi Robot Vacuum-Mop, Mi Home Security Camera 360 1080P dan sebagainya.



Promosi potongan harga ini hanya berlangsung pada 9 September 2020. Untuk melihat senarai penuh produk yang ditawarkan dengan potongan harga sempena jualan 9.9 ini, layari kedai rasmi Xiaomi di Lazada.