Lazada 8.8: POCO F2 Pro Serendah RM1,799, Redmi Note 9 Pro Berharga RM899

Mungkin ada antara anda yang ingin mendapatkan Poco F2 Pro dengan potongan harga, namun tidak sempat atau terlepas peluang. Kini, Xiaomi kembali dengan Jualan Lazada 8.8 yang berlangsung untuk tempoh satu hari pada 8 Ogos nanti.



Menerusi jualan ini, Xiaomi menawarkan potongan harga bagi Poco F2 Pro pada RM1,799 berbanding harga asal RM2,199 untuk 6GB RAM dan 128GB storan dalaman. Bagi Redmi Note 9 Pro, ia boleh didapati pada harga RM899 berbanding harga asal RM999 (6+64GB).

Tidak hanya itu, beberapa produk Xiaomi yang lain turut ditawarkan dengan potongan harga. Antaranya adalah:

  • Redmi 9 (3+32GB) - RM449 (harga asal RM499)

  • Mi True Wireless Earphones - RM239 (harga asal RM299)

  • Mi Air Purifier 3H - RM588 (harga asal RM699)

  • Mi Home Security Camera 360 1080p - RM129 (harga asal RM159)

  • 20000mAh Redmi 18W Fast Charge Powerbank - RM79 (harga asal RM99)

  • 10000mAh Redmi Powerbank - RM49 (harga asal RM59)

  • Mi Urban Backpack - RM139 (harga asal RM179)

  • Mi City Sling Bag- RM59 (harga asal RM79)


Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan 8.8 ini, layari halaman rasmi Xiaomi di Lazada (https://invol.co/clv4z9).