Xiaomi Takkan Jual Telefon Pintar Dengan Harga Yang Mahal

Xiaomi cukup terkenal dalam mengeluarkan peranti dengan spesifikasi tinggi tetapi pada nilai yang berpatutan. Harga yang tidak masuk akal bak kata orang ramai.

Ditambah pula dengan kehadiran sub jenama terbaru yang semakin hangat diperkatakan, Pocophone F1, ia dijual dalam lingkungan RM1300 hingga RM1500.

Bercerita mengenai harga, mengutip laporan dari India Today, Pengarah Urusan Xiaomi India, Manu Kumar Jain ada menyatakan bahawa syarikat itu tidak akan menjual peranti flagship mereka melebih paras 50,000 Rupee iaitu lebih kurang ~RM2900 mengikut tukaran matawang asing.

Beliau menjelaskan bahawa Xiaomi mampu memberikan teknologi yang berdaya saing kepada pengguna pada harga rendah.

Umum sudah mengetahui bahawa Xiaomi telah menetapkan 5% peratus margin keuntungan dari hasil penjualan telefon pintar. Hal ini membolehkan peranti dibawa masuk ke pasaran dengan harga yang cukup murah dan mereka cukup komited tentang perkara ini.

Walaubagaimanapu, situasi ini bergantung kepada kos pembuatan telefon pintar. Ia mungkin berubah sekiranya terdapat peningkatan kepada kos komponen serta teknologi.

Xiaomi menggunakan model bisnes yang dipanggil sebagai triahtlon yang mana keuntungannya bergantung daripada kesetiaan pengguna serta perkhidmatan internet.

Jadi sebagai pengguna, kita boleh meramalkan banyak lagi telefon pintar murah serta berspesifikasi tinggi dari pengeluar ini.

Sumber: India Today