Xiaomi Tak Duduk Diam, Dikhabarkan Akan Lancar Flagship Pada Harga Sekitar ~RM1211

Kejutan demi kejutan diberikan Xiaomi kepada peminat mereka tahun ini. Bermula dengan model Mi 8 dan seterusnya disambung pula dengan sebuah peranti sub jenama, Pocophone.

Keedua-duanya menggunakan cip pemprosesan berkuasa tinggi dengan spesifikasi yang baik.

Perkhabaran terbaru, syarikat berpengkalan di Haidian itu dikatakan sedang bersiap sedia mengadakan satu acara pelancaran telefon pintar berspesifikasi flagship tetapi pada harga 1999 Yuan, iaitu sekitar RM1211 mengikut kadar tukaran matawang asing semasa.



Difahamkan ia akan diadakan pada pertengahan bulan ini dan ia menimbulkan persoalan ramai pihak. Ada yang meramalkan ia adalah Mi Mix 3, tetapi Lei Jun (CEO Xiaomi) sudah mengesahkan peranti itu hadir pada Oktober depan.

Ia juga kelihatan tidak masuk akal kerana melihat kepada kelengkapan yang ada pada Mi Mix 3, ia mungkin menelan kos pembuatan yang sedikit tinggi dan dijual sedikit mahal.

Apa-apa pun, mari kita sama-sama nantikan pengumuman rasmi dari pengeluar terbabit.

Sumber: GizChina