Xiaomi Sindir Rekaan Takuk Melalui Video Iklan Mi 9T

Peranti terbaru dari Xiaomi, Mi 9T atau nama lainnya, Redmi K20, telah memasuki pasaran antarabangsa dan akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Jun ini. Peranti yang membawa keunikan kamera 20MP hadapan terangkat itu menjadi tarikan utama kerana ia salah satu keluaran terbaru dari Xiaomi yang tidak meletakkan  takuk pada paparan atas skrin, sekaligus menjadikan paparan skrin mudah dilihat tanpa gangguan.

Sindir-menyindir dalam pasaran bukanlah perkara asing lagi dan yang terbaru boleh dilihat pada video yang mengiklankan Mi 9T.

Dengan tajuk "Beware The NOTCH" ia mempunyai tiga episod dengan setiap satu daripadanya berdurasi 15 saat, menghidangkan babak menarik mengenai takuk.

Berikut adalah iklan video di kedai gunting rambut:

https://www.youtube.com/watch?reload=9&time_continue=15&v=h2ZuHI7OiFM

Iklan video di klinik gigi:

https://www.youtube.com/watch?v=659icI2HEJo

Iklan video di bilik solek:

https://www.youtube.com/watch?v=uZsQUvSzdnQ

Tren peranti dilengkapi dengan kamera terangkat semakin lama semakin banyak digunakan, dari segmen mampu milik hinggalah kepada model yang berstatus flagship. Takuk atau tanpa takuk? Mana satu pilihan anda selepas ini?

Baca lagi - Xiaomi Mi 9T Akan Dilancar Rasmi Untuk Malaysia Pada 20 Jun Ini

- Mi 9T Pro Dikhabarkan Hadir Penghujung Ogos Ini