Xiaomi Semakin Menghampiri Menjadi Syarikat Bertaraf Global

Syarikat pengeluar telefon pintar dari China iaitu Xiaomi sememangnya tidak asing lagi di hati pengguna.

Baru-baru ini, CEO Xiaomi iaitu Lei Jun telah memeberikan ucapan dalam sebuah persidangan perniagaan CHU. Dalam ucapannya tersebut, beliau mengatakan bahawa setelah sembilan tahun, Xiaomi telah membelanjakan sebanyak 0.83 bilion Dollar untuk pembangunan R&D.



Menurutnya lagi, Xiaomi akan membuat perbelanjaan besar bagi tujuan R&D dan ia dijangka akan berbelanja sebanyak 1.43 Billion Dolar. Ini jelas menunjukkan kesungguhan Xiaomi dalam membangunkan inovasi kepada peranti barunya nanti.

Sumber dari Giz China melaporkan Xiaomi telah memperoleh 48% pendapatan hasil dari pasaran global suku ketiga 2019. Ia menunjukkan langkah kanan dari pihak Xiaomi dalam terus mencipta nama dalam pasaran global.


Menurut Lei Jun lagi, Xiaomi merupakan sebuah syarikat teknologi yang lebih memfokuskan kepada pembangunan telefon pintar walaupun ia juga menghasilkan pelbagai barangan teknologi yang lain.

Dengan memperkenalkan peranti yang berkualiti dengan harga yang rendah, disertakan pula dengan pengeluaran peranti dari sub syarikatnya, Xiaomi dilihat mengambil peluang yang bijak dalam pasaran global.

Sumber : Giz China