Xiaomi Sedang Membangunkan Telefon Pintar Diperkasa Dengan Snapdragon 660

Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan Redmi 4X bagi pasaran China yang dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 625. Dan yang terkini, memetik berita dari laman GizmoChina, syarikat yang berpengkalan di daerah Haidian itu dilapor sedang membangunkan sebuah model telefon pintar diperkasakan oleh cip pemproses Snapdragon 660. Ia dipercayai akan mula dilancarkan pada suku ke-2 tahun 2017. Maklumat ini diperolehi dari satu akaun Weibo yang menggunakan nama '@grass digital', dan ia turut menyatakan model baru ini mirip seperti model Xiaomi Mi Max.

Pemerhati berpendapat, Snapdragon 660 itu mungkin akan dipasang pada Redmi Pro 2 yang mana spesifikasi ringkas model berkenaan telah tertiris beberapa minggu yang lalu. Selain itu, Redmi Pro 2 turut dikhabarkan akan menggunakan RAM 6GB dengan storan dalaman 128GB. Kamera 12 megapiksel dengan sensor Sony IMX362 akan menghiasi bahagian belakang model berkenaan.

sd-835

Snapdragon 660 mungkin hadir dengan teras-Kyro ubah suai sama seperti Snapdragon 820 ataupun kombinasi 4 x Cortex A73 berkelajuan 2.2GHz dan 4 x Cortex A53 berkelajuan 1.9GHz. Untuk grafik pula, Andreno 512 akan digunakan dengan sokongan storan UFS 2.1 dan terdapat dua RAM LPDDR4 dengan kelajuan 1866MHz.

Xiaomi juga dijangka akan melancarkan Redmi Note 4X versi Snapdragon 653 yang hadir dengan RAM 4GB dan storan dalaman berkapasiti 64GB.

Sumber: GizmoChina