Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Pad Baharu

Xiaomi Sedang Bangunkan Tablet Dengan Kadar Penyegaran Tinggi

Diterbitkan April 13, 2021 oleh Amsyar Latif

Xiaomi sangat popular jika bercakap tentang telefon pintar. Akan tetapi, jika segmen peranti tablet, kita hanya mendengar jenama seperti Huawei, Apple, Lenovo dan Samsung sahaja.

Namun, Xiaomi sebenarnya sudah ada peranti tablet mereka tersendiri tetapi kali terakhir kita lihat adalah pada tahun 2018 menerusi Mi Pad 4. Terbaru, DigitalChatStation mengkhabarkan bahawa Xiaomi sedang membangunkan dua tablet baharu.

Antara spesifikasi yang akan ditawarkan adalah kadar penyegaran 120Hz dan kadar pensampelan sentuh 240Hz yang mana kebiasaannya hanya hadir untuk iPad Pro dan siri S Galaxy Tab.

Mi Pad 4
Xiaomi Mi Pad 4

Perbezaan bagi kedua-dua tablet tersebut adalah pada cip pemprosesannya dimana satu varian dikuasakan Snapdragon 780G. Sementara varian lain pula dari Snapdragon 860.

Walaupun cip tersebut sudah lama dan hanya menyokong 90Hz tetapi Xiaomi dikatakan akan menggunakan pemacu paparan Novatek.

Tambahan lagi, kesemua peranti baharu tersebut masih belum diketahui bilakah akan dilancarkan buat pasaran.

Sumber: Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY