Xiaomi Sambut Ulang Tahun Kelapan Dengan Peranti Mi 8 Hujung Bulan Ini

Pada 22 Mei yang lalu, pihak Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah lagi peranti telefon pintar iaitu Xiaomi Mi 8 pada 31 Mei ini. Mereka mengambil keputusan untuk melangkaui angka 7 pada siri Xiaomi Mi bersempena dengan sambutan ulang tahun kelapan mereka pada tahun ini.



Pengumuman berkenaan perkara ini telah dibuat melalui laman Weibo syarikat berkenaan. Seperti yang tertiris sebelum ini, peranti ini dilaporkan akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 845 serta akan menyokong fungsi nyahkunci pengecaman wajah, Face ID.

Selain itu, menurut sumber, peranti ini diberitakan mempunyai reka bentuk takuk serta akan dilancarkan dengan dua pilihan variasi RAM iaitu 6GB dan 8GB serta ruang storan sehingga 128GB. Tambahan pula, sesuai dengan reputasinya sebagai peranti kelas perdana, Mi 8 dijangka akan menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar serta kamera dengan teknologi kecerdasan buatan, AI.

Sama-sama kita nantikan lebih informasi berkenaan peranti ini menjelang tarikh 31 Mei nanti. Untuk perkembangan lanjut, anda boleh ikuti laman Facebook rasmi Xiaomi Malaysia.

Sumber

Berkaitan