Xiaomi Sahkan Akan Melancarkan Mi Mix Alpha, Telefon Boleh Lipat Pertama Xiaomi?

Baru-baru ini Xiaomi telah mengesahkan akan melancarkan dua peranti mercunya iaitu Xiaomi Mi 9 Pro 5G dan juga Xiaomi Mi Mix. Pelbagai spekulasi timbul di dalam media sosial mengenai nama peranti Mi Mix yang bakal dikeluarkan. Menurut gsmarena, ia akan dinamakan dengan Mi Mix 4 dan menurut sumber yang lain pula ia akan dinamakan Xiaomi Mi Mix 5G.

Persoalan bagi spekulasi tersebut telah terjawab apabila pihak Xiaomi telah mengesahkan bahawa peranti Mi Mix terbarunya itu akan dinamakan Xiaomi Mi Mix Alpha. Kenyataan itu dipaparkan di laman Weibo apabila pihak Xiaomi memuatnaik satu poster yang ditulis perkataan Mi Mix Alpha.



Namun, timbul spekulasi baru mengenai rekabentuk peranti ini kerana pada poster berkenaan terdapat imej sebuah skrin yang melengkung berada di antara susunan buku. Kemungkinan imej tersebut menunjukkan Xiaomi Mi Mix Alpha sebuah peranti boleh lipat Xiaomi yang pertama atau sebuah peranti yang mempunyai ciri "waterfall skrin" seperti yang terdapat pada Vivo nex 3.

Ini kerana pihak Xiaomi pernah mengatakan akan memperkenalkan teknologi skrin terbaru yang mempunyai nisbah ke badan 100% dan kita juga telah mengetahui bahawa kedua-dua peranti yang bakal dilancarkan ini mempunyai teknologi 5G.



Settakat ini belum ada pengesahan atau maklumat yang lengkap mengenai reka bentuk Xiaomi Mi Mix Alpha, manakala Xiaomi Mi 9 pro 5G pula dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+, mempunyai tiga kamera utama 48MP, bateri berkapasiti 4,000 mAh dan pihak Xiaomi turut mengesahkan Xiaomi Mi 9 Pro 5g bakal hadir dengan pengecasan pantas 40W, pengecasan tanpa wayar30W dan reverse wireless charging 10W.

Sumber: androidauthority