Xiaomi Redmi Note 5 Berkemungkinan Hadir ke Malaysia Hujung Bulan Ini

Xiaomi yang terkenal sebagai pengeluar peranti pintar dengan harga mampu milik baru-baru ini telah melancarkan Xiaomi Redmi Note 5 Pro (Xiaomi Redmi Note 5 di Malaysia) di India pada pertengahan bulan Februari yang lalu. Dan pada 18 April ini, peranti ini bakal dilancarkan bagi pasaran Indonesia pula, menurut kiriman Pengarah Pengurusan Produk dan Pemasaran Global Xiaomi, Donovan Sung melalui akaun Twitter-nya. 



Redmi Note 5 akan tampil dengan dua pilihan memori iaitu 4 GB serta 6 GB selain ruang storan 64 GB dan slot kad memori mikroSD sehingga kapasiti maksimum 256 GB. Bagi cip pemprosesan pula, ia bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan keluaran Qualcomm, Snapdragon 636 bersama Kyro 260 selain GPU 509.

 

Peranti ini juga akan hadir dengan bateri berkuasa 4000 mAh serta mempunyai skrin sesentuk berkeluasa 5.99 inci. Bagi ciri kamera pula, Redmi Note 5 akan menggunakan kamera hadapan 20 MP manakala bagi kamera utama, ia bakal mempunya dwi kamera dengan lensa 12 MP + 5 MP. Peranti ini akan menggunakan sistem operasi Android 7.1 serta menjalankan MIUI 9.



 

Redmi Note 5 ini akan mempunyai empat pilihan warna iaitu hitam, biru, emas dan emas merah jambu. Setakat ini masih belum ada maklumat sama ada model versi India atau China yang akan dilancarkan di negara ini kelak. Dari segi harga pula, pihak Xiaomi Malaysia juga belum membuat pengemuman rasmi namun harga peranti ini dijangka tidak akan melebihi RM 1,000. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak Xiaomi Malaysia dalam masa terdekat.

Sumber

Berkaitan